10/14/2010

KELEBIHAN MENCINTAI RASUL ALLAH


Allah berfirman yang bermaksud:

“Barangsiapa yang taat kepada Rasul Allah maka dia telah taat kepada Allah”.

 (An-Nisa’:80)
Dengan sebenarnya manusia itu dalam hidupnya tanpa diturunkannya para Rasul ke dunia tentulah tidak akan mengenal hukum halal, haram, baik, buruk, berbahaya, tidak takut kepada Allah mahupun seksaanNya. Juga tidak berusaha untuk mengejar rahmat dan ganjaran dari Allah SWT. Tanpa datangnya para Rasul maka manusia itu akan berselisih dan bertengkar, manusia akan membunuh satu dengan yang lainnya tanpa malu-malu. Manusia dalam hidupnya akan seperti bintang buas yang tanpa aturan dan hukum.
Lalu Allah menurunkan para Rasul dengan membawa peraturan dan undang-undang atau ugama  yang secara keseluruhan adalah bernama agama Islam. Mereka datang ke permukaan bumi  untuk menyampaikan petunjuk-petunjuk Allah dan memperbaiki keadaan kita. Kita lalu diberinya peraturan agar dalam pergaulan hidup itu dengan cara yang baik dan memberikan

9/22/2010

KELEBIHAN MEMBACA SELAWAT


Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:

“Barangsiapa yang membaca salawat sekali pada ku maka Allah akan memberi rahmatNya kepadanya 10 kali”.

 (HR. Muslim)
Dari sebuah hadis ditunjukkan bahawa di antara orang yang membaca selawat akan diberikan ganjaran dari Allah sebesar gunung, malaikat akan ikut mendoakan kepada Allah agar yang bersangkutan diberi rahmatNya dan mengampuniNya. Bahkan  Nabi SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang melupakan membaca selawat padaku maka dia telah keliru jalan untuk memasuki syurga”.
(Hadis)
Jadi seorang Muslim tidak boleh melupakan dirinya (iaitu sengaja) tidak mahu membaca selawat dalam hidupnya maka  yang bersangkutan boleh lepas dari syurga.  Sebab Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya manusia yang paling utama bagiku pada hari kiamat iaitu yang lebih banyak bacaan selawatnya padaku”.
(Hadis)

KELEBIHAN MAKAN DAN MINUM DALAM ISLAM


Tatatertib Makan

Dari Huzaifah r.a. Katanya, “Adalah kami apabila menghadapi makan bersama-sama Rasulullah SAW tidaklah kami memulai menyantap sebelum baginda mulai.
 (H.R. Muslim)
Memberi Makan Kepada Orang Lapar
Dari Abu Musa al’-Asy’ari r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Beri makanlah orang yang lapar, kunjungilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang tertawan dan menderita”.
(H.R. Bukhari)
Nabi Tidak Pernah Mencaci Makan
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya: Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan. Kalau senang baginda makan dan kalau tidak senang baginda biarkan saja.
(H.R. Bukhari)

9/01/2010

KELEBIHAN MENGINGATI MATI

Allah berfirman yang bermaksud:
 
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, dan Kami mengujimu dengan kesusahan dan kebaikan, sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya), dan kepada Kami (Allah) kamu itu akan dikembalikan”.

Jika manusia mendatangi kuburan atau membayangkan keadaan tentang kematian itu di rumahnya, maka jelaslah jika mengingati mati itu juga akan menimbulkan keuntungan iaitu:

Jika di dunia ini seseorang sedang menderita, kesusahan maka kesusahan di alam kubur (barzakh) dan pada hari kiamat nanti adalah lebih berat lagi jika mereka itu tidak mendapatkan rahmat dari Allah. Sehingga boleh ditarik suatu pemikiran bahawa kesulitan di dunia itu adalah sangat kecil jika diukur dengan kesulitan di akhirat atau sesudah mati, kecuali jika orang itu menjadi orang beriman dan mendapat rahmat Allah.

(Al-Anbiya’:35)

SEGERA BERTAUBAT

SEGERA BERTAUBAT

        Jadi, taubat yang diterima iaitu selagi roh dalam jasadnya atau sebelum matinya. Dan bukan ketika rohnya telah berada ditenggorokannya (ketika nazak) baru mahu bertaubat, maka taubat yang terakhir itu tidak boleh diterima. Maka alangkah ruginya orang-orang yang mahu bertaubat nantinya ketika telah berusia lanjut atau pada waktu bersara. Padahal tidak ada yang mengetahui jika sebelum masa bersara atau berusia lanjutnya itu lalu Allah menyuruh kepada Malaikat Maut agar mencabut nyawa orang tersebut. Sedangkan ketika mudanya orang itu banyak bermaksiat kepada Allah dan tidak sempat bertaubat. Jadi bagi mereka yang berlumuran dosa dan syirik, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah dan memperbaiki dirinya dengan secepatnya dengan tidak usah menunggu masa bertaubat pada keesokan harinya. Sedarilah bahawa kematian harus dibayangkan dapat meraggut jiwa seseorang secepatnya tanpa disedari.

KELEBIHAN TAAT PADA ALLAH

Nabi SAW bersabda, bermaksud:
 
“Sesungguhnya kebahagian yang sebenar-benarnya iaitu panjang umur dalam keadaan taat kepada Allah SWT”.
(HR. Khatib)

Bercakap tentang umur yang panjang pada masa yang lampau misalnya menurut riwayat: bahawa umur Nabi Adam adalah 1000 tahun, Nabi Nuh berumur 950 tahun, Nabi Ismail 137 tahun, Nabi Ya’kub berumur 170 tahun, Nabi Musa 120 tahun. Tetapi umur Nabi Muhammad hanyalah 63 tahun, dan hal itu sesuai dengan apa yang disebutkan dalam hadis Nabi yang bermaksud “Umur ummatku di antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit diantara mereka yang melewati umur tersebut”.
(HR. Turmudzi)

Dengan demikian apa yang disebutkan dalam hadis di atas tentang umur ummat Islam banyak yang pendek, misalnya umur Doktor Ibnu Sina hanyalah 57 tahun, Iman Syafi berumur 52 tahun dan Iman Ghazali berumur 53 tahun. Tetapi sebenarnya yang berumur pendek itu bukanlah ummat Islam saja, tetapi di luar Islam pun banyak yang berumur pendek.

KELEBIHAN BERZIKIR

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:

“Berzikir kepada Allah itu adalah untuk mengubati penyakit hati”.

(HR. Dailami)

Juga dalam hadis disebutkan yang bermaksud:

“Berzikir kepada Allah itu adalah merupakan bendera keimanan, akan terlepas dari sifat munafik, akan membentengi (menolak) syaitan, dan terlepas dari api neraka”.

Dalam riwayat disebutkan bahawa orang yang terbiasa membaca zikir dalam hatinya, maka ketika syaitan itu mendekat padanya mescaya syaitan itu akan pengsan seperti manusia yang sedang pengsan.

Dengan demikian zikir tersebut akan merupakan satu rahsia antara manusia itu dengan Allah, sedangkan dalam pendapat yang lain akan juga dicatatkan oleh malaikat. Tetapi ada pula yang berpendapat bahawa zikir rahsia yang dimaksudkan iaitu misalnya bagi seorang Muslim yang mahu memikirkan tentang keadaan alam semesta yang diciptakan oleh Allah dan kemudian diiringinya dengan zikir qalbi (dalam hati).

TAUBAT NASHUHA

Menurut sebahagian ulama bahawa taubat nashuha itu mempunyai 4 syarat iaitu:

 
Membaca istighfar (‘astaghfirullah’ aku meminta ampun kepada Allah) yang diucapkan dengan berulangkali (misalnya 100 kali)

Menunjukkan penyesalan terhadap dosa yang telah dilakukannya.

Berjanji kepada Allah bahawa dia tidak akan melakukan perbuatan dosa tersebut pada tahap berikutnya.

Memperbanyakkan kebaikan, hal tersebut sesuai dengan firman Allah dalam Quran ertinya:

“Sesungguhnya kebaikkan itu akan menghapuskan keburukan (dosa)”.                                                                                                        (Hud: 114)

8/26/2010

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:


“Pemimpin (kepada atau pelopor) segala hari itu adalah hari Jumaat”.
(Hadis)

Dengan demikian hari Jumaat sebagai hari yang paling utama, bahkan dalam kitab Al-Jamiush Shaghir disebutkan bahawa hari tersebut dinyatakan lebih utama daripada dua hari raya, sebab pada waktu itu adalah hari dicitakannya Nabi Adam dan hari dikeluarkannya dari syurga menuju bumi, hari doa yang mustajab dan hari berlangsungnya hari kiamat. Dalam hadis juga dinyatakan bahawa “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, maka akan hapuslah dosa-dosa dan kesalahannya”.
(Hadis)

Dan kerana begitu utamanya beribadat pada hari Jumaat, sehingga setiap orang Islam yang berkewajipan dan memenuhi syarat untuk bersolat Jumaat agar tidak boleh meninggalkan solat tersebut. “Barangsiapa yang meninggalkan tiga solat Jumaat tanpa uzaur (alasan), maka Allah akan mengunci (menutupi, tidak menyayanginya) pada hari orang yang tidak bersolat Jumaat itu".
(Hadis)

BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT: KELEBIHAN BERSEDEKAH MAKANAN

BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT: KELEBIHAN BERSEDEKAH MAKANAN

KELEBIHAN BERSEDEKAH MAKANAN

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

“Sedekah yang paling utama iaitu engaku boleh memberikan makanan yang mengenyangkan pada hati (perut) yang sedang kelaparan”.

(HR: Baihaqi)

Juga sabda baginda bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah itu akan mendinginkan penduduknya dari panasnya kuburan dan sesungguhnya seorang Muslim akan bernaung pada hari kiamat di bawah naungan sedekahnya".

(HR: Thabrani)


Dalam hal ini setiap orang Muslim jangan menjadi orang yang kedekut, sebab yang demikian telah menjadi orang yang tercela dan celaka. Misalnya dalam hadis disebutkan yang ertinya:

“Orang bakhir itu jauh dari Allah, juga dari syurga, jauh dari manusia dan dekat pada neraka. Sedangkan orang yang dermawan adalah dekat pada Allah, dekat pada syurga, dekat pada manusia dan jauh dari neraka”.

(Hadis)

KELEBIHAN BERTAUBAT

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Aku (Allah) Maha Pengampun (terhadap dosa), bagi barangsiapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh (baik) dan yang tetap dalam jalan yang benar (mengikuti petunujuk)”.

(Thaha: 82)



Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang ikhlas (taubat nashuha) Semoga Tuhanmu akan menghapuskan dari padamu kejahatan (dosa)mu, dan Dia (Allah) akan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai dari padanya pada hari yang Allah tidak akan mengecewakan Nabi mahupun mereka yang beriman bersamanya”.

(Tahrim: 8)

8/25/2010

KELEBIHAN BERZAKAT

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

“Bentengilah (lindungilah) hartamu dengan berzakat”.
(Hadis)

 
Jadi menurut hadis ini bahawa orang yang akan mendapatkan berkat (kelebihan) dengan harta yang telah diperolehinya maka hendaklah orang yang bersangkutan melindungi hartanya dengan cara mengeluarkan zakat. Diharapkan dengan mengeluarkan zakat itu maka harta bendanya akan menjadi berkembang, bertambah banyak, aman dari penipuan, pencurian, mahupun perompakan, setelah mengeluarkan zakat dan mendapatkan perlindungan dari Allah.

Sedangkan dalam beberapa hadis disebutkan yang bermaksud: Zakat itu adalah jambatan Islam.
(Hadis)

 
Juga disebutkan: Allah tidak akan menerima keimanan seseorang kecuali dengan mengeluarkan zakat dan tidak ada keimanan bagi orang yang tidak berzakat.
(Hadis)

 
Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan yang bermaksud: “Ubatilah penyakitmu (iaitu penyakit rohani) dengan sedekah”.

KELEBIHAN BERSOLAT



Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya solat itu akan dapat mencegah dari perbuatan keji dan jahat, dan ingat (berzikir) kepada Allah itu adalah lebih besar”.


Solat benar-benar akan mencegah pelakunya dari mengerjakan perbuatan buruk dan keji serta jahat. Dan hal ini benar-benar merupakan resep dari Allah SWT yang tiada bandingannya. Tetapi mengapakah ada orang yang bersolat lalu mencuri kasut atau menipu atau berbuat kejahatan yang lainnya?. Ternyata jika ada orang yang berbuat jahat padahal dia bersembahyang, maka sudah jelas jika solat-solatnya itu didirikan atau dikerjakan dengan cara yang tidak benar. Misalnya tidak khusyuk, tidak thuma’ninah atau tidak tenang, tidak mengetahui erti doa-doa yang sedang dibaca dalam solat itu atau bersolat dengan terlalu cepat. Akibatnya solatnya tidak dapat diterima oleh Allah kerana tidak sesuai syarat dan rukunnya. Hal itu sesuai dengan sabda Nabi yang ertinya;


“Akan datang pada manusia (umat Islam) dalam suatu masa, yang mereka itu bersolat (menurut pengakuannya) padahal sebenarnya mereka tidak bersolat”.