Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca salawat sekali pada ku maka Allah akan memberi rahmatNya kepadanya 10 kali”.
(HR. Muslim)
Dari sebuah hadis ditunjukkan bahawa di antara orang yang membaca selawat akan diberikan ganjaran dari Allah sebesar gunung, malaikat akan ikut mendoakan kepada Allah agar yang bersangkutan diberi rahmatNya dan mengampuniNya. Bahkan Nabi SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang melupakan membaca selawat padaku maka dia telah keliru jalan untuk memasuki syurga”.
(Hadis)
Jadi seorang Muslim tidak boleh melupakan dirinya (iaitu sengaja) tidak mahu membaca selawat dalam hidupnya maka yang bersangkutan boleh lepas dari syurga. Sebab Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya manusia yang paling utama bagiku pada hari kiamat iaitu yang lebih banyak bacaan selawatnya padaku”.
(Hadis)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan