8/26/2010

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:


“Pemimpin (kepada atau pelopor) segala hari itu adalah hari Jumaat”.
(Hadis)

Dengan demikian hari Jumaat sebagai hari yang paling utama, bahkan dalam kitab Al-Jamiush Shaghir disebutkan bahawa hari tersebut dinyatakan lebih utama daripada dua hari raya, sebab pada waktu itu adalah hari dicitakannya Nabi Adam dan hari dikeluarkannya dari syurga menuju bumi, hari doa yang mustajab dan hari berlangsungnya hari kiamat. Dalam hadis juga dinyatakan bahawa “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, maka akan hapuslah dosa-dosa dan kesalahannya”.
(Hadis)

Dan kerana begitu utamanya beribadat pada hari Jumaat, sehingga setiap orang Islam yang berkewajipan dan memenuhi syarat untuk bersolat Jumaat agar tidak boleh meninggalkan solat tersebut. “Barangsiapa yang meninggalkan tiga solat Jumaat tanpa uzaur (alasan), maka Allah akan mengunci (menutupi, tidak menyayanginya) pada hari orang yang tidak bersolat Jumaat itu".
(Hadis)

BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT: KELEBIHAN BERSEDEKAH MAKANAN

BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT: KELEBIHAN BERSEDEKAH MAKANAN

KELEBIHAN BERSEDEKAH MAKANAN

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

“Sedekah yang paling utama iaitu engaku boleh memberikan makanan yang mengenyangkan pada hati (perut) yang sedang kelaparan”.

(HR: Baihaqi)

Juga sabda baginda bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah itu akan mendinginkan penduduknya dari panasnya kuburan dan sesungguhnya seorang Muslim akan bernaung pada hari kiamat di bawah naungan sedekahnya".

(HR: Thabrani)


Dalam hal ini setiap orang Muslim jangan menjadi orang yang kedekut, sebab yang demikian telah menjadi orang yang tercela dan celaka. Misalnya dalam hadis disebutkan yang ertinya:

“Orang bakhir itu jauh dari Allah, juga dari syurga, jauh dari manusia dan dekat pada neraka. Sedangkan orang yang dermawan adalah dekat pada Allah, dekat pada syurga, dekat pada manusia dan jauh dari neraka”.

(Hadis)

KELEBIHAN BERTAUBAT

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Aku (Allah) Maha Pengampun (terhadap dosa), bagi barangsiapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh (baik) dan yang tetap dalam jalan yang benar (mengikuti petunujuk)”.

(Thaha: 82)



Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang ikhlas (taubat nashuha) Semoga Tuhanmu akan menghapuskan dari padamu kejahatan (dosa)mu, dan Dia (Allah) akan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai dari padanya pada hari yang Allah tidak akan mengecewakan Nabi mahupun mereka yang beriman bersamanya”.

(Tahrim: 8)

8/25/2010

KELEBIHAN BERZAKAT

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

“Bentengilah (lindungilah) hartamu dengan berzakat”.
(Hadis)

 
Jadi menurut hadis ini bahawa orang yang akan mendapatkan berkat (kelebihan) dengan harta yang telah diperolehinya maka hendaklah orang yang bersangkutan melindungi hartanya dengan cara mengeluarkan zakat. Diharapkan dengan mengeluarkan zakat itu maka harta bendanya akan menjadi berkembang, bertambah banyak, aman dari penipuan, pencurian, mahupun perompakan, setelah mengeluarkan zakat dan mendapatkan perlindungan dari Allah.

Sedangkan dalam beberapa hadis disebutkan yang bermaksud: Zakat itu adalah jambatan Islam.
(Hadis)

 
Juga disebutkan: Allah tidak akan menerima keimanan seseorang kecuali dengan mengeluarkan zakat dan tidak ada keimanan bagi orang yang tidak berzakat.
(Hadis)

 
Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan yang bermaksud: “Ubatilah penyakitmu (iaitu penyakit rohani) dengan sedekah”.

KELEBIHAN BERSOLAT



Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya solat itu akan dapat mencegah dari perbuatan keji dan jahat, dan ingat (berzikir) kepada Allah itu adalah lebih besar”.


Solat benar-benar akan mencegah pelakunya dari mengerjakan perbuatan buruk dan keji serta jahat. Dan hal ini benar-benar merupakan resep dari Allah SWT yang tiada bandingannya. Tetapi mengapakah ada orang yang bersolat lalu mencuri kasut atau menipu atau berbuat kejahatan yang lainnya?. Ternyata jika ada orang yang berbuat jahat padahal dia bersembahyang, maka sudah jelas jika solat-solatnya itu didirikan atau dikerjakan dengan cara yang tidak benar. Misalnya tidak khusyuk, tidak thuma’ninah atau tidak tenang, tidak mengetahui erti doa-doa yang sedang dibaca dalam solat itu atau bersolat dengan terlalu cepat. Akibatnya solatnya tidak dapat diterima oleh Allah kerana tidak sesuai syarat dan rukunnya. Hal itu sesuai dengan sabda Nabi yang ertinya;


“Akan datang pada manusia (umat Islam) dalam suatu masa, yang mereka itu bersolat (menurut pengakuannya) padahal sebenarnya mereka tidak bersolat”.