2/24/2011

Amalan Bersalaman

S

alam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda.

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "

Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah wajib. Manakala hukum bersalaman (berjabat tangan) itu pula terbahagi kepada tiga bahagian :

i. Bersalaman antara sesama jenis (jantina)

Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah ianya adalah dituntut oleh agama setiap kali pertemuan. Bagi pertemuan yang jarang berlaku atau ketika balik dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.

ii. Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah)

Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah haram, bahawa Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan.

iii. Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya

Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis iaitu sunat. Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.

Apa yang berlaku di kalangan segelintir masyarakat kita sekarang ini, ada yang beranggapan bersalaman dengan keluarga yang hampir seperti sepupu, isteri bapa saudara, adik ipar atau kakak ipar dan lain-lain yang tidak bersangkut paut dengan mahram. Ini adalah keliru, kerana hukumnya tetap ajnabiah haram bersentuhan.


Menurut para ulama, lafaz memberi salam ialah seperti berikut :

"Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."

Sementara lafaz bagi menjawabnya pula ialah :

"Ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu".

Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit sahaja yang mengetahui akan kelebihan di sebalik di galakkan itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan :

Maksudnya : "Daripada Barra katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam : "Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud maksudnya : Daripada Imran bin Husain katanya : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam lalu mengucapkan "salam" kemudian duduk, maka Baginda bersabda :"Sepuluh kebajikan" kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan lalu duduk, maka Baginda bersabda" Dua puluh kebajikan". Kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan " salam " lalu duduk, seterusnya Baginda bersabda : "tiga puluh kebajikan".

(Riwayat al-Imam Abu Daud)

Maca mana pula kalau ada orang berkirim salam? Jika seseorang berkirim salam kepada seseorang yang lain maka kita yang menerima salam itu menjawabnya dan disunatkan berdo`a untuk pembawa salam tersebut dengan lafaz :

"Ke atasmu dan keatasnya salam sejahtera".

Dalam sebuah hadis lain :

Maksudnya : Ayahku telah mengutusku untuk menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dia berkata : "Datanglah Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam maka sampaikanlah kepadanya salamku, "maka aku pun datang kepadanya, lalu aku berkata : "Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu". lalu Baginda menjawab :

"Ke atasmu dan keatas ayahmu salam sejahtera"

Memandangkan salam dan bersalaman ini mempunyai kelebihan untuk mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dan ukhuwah. apatah lagi bila tangan dihulur dan disambut dengan senyuman dan kemesraan, dosa diampunkan sebelum keduanya berpisah, maka salam dan bersalaman ini sudah tentu menjadi suatu amalan yang sangat perlu untuk dipraktikkan.

Hormat Menghormati

Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya :

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah (hormatilah) tetamunya.”(Hadis Riwayat Ash-Syaikhani )

Berdasarkan maksud Hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa, sebagai umat Islam kita telah diajar oleh agama kita supaya menghormati tetamu.

Pada masa ini , imej umat Islam telah digambarkan di peringkat dunia dengan imej yang buruk. Umat Islam telah di label sebagai pengganas yang suka melakukan pelbagai kerusakan , bersikap bengis dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah mengambil kesempatan serta peluang semasa kehadiran tetamu dari pelbagai negara, agama dan budaya ini dengan memperlihatkan hakikat mulia akhlak islam yang sebenarnya, terutamanya dalam melayani dan berinteraksi dengan para tetamu tersebut.

Untuk memenuhi kehendak hadis yang telah dibacakan sebentar tadi, kita uma islam hendaklah sentiasa menjaga akhlak kita terhadap para tetamu yang hadir. Di antara aspek yang perlu diutamakan ialah ;

(i) Menggunakan bahasa percakapan yang baik, lembut serta bersopan santun, kerana dengan bahasa yang baik akan memikat hati yang mendengar dan akan menyerlahkan keindahan islam.

Allah berfirman :

Dan ucapkanlah kata -kata yang baik kepada manusia.

(ii) kita hendaklah selalu menunjukan tingkahlaku serta perbuatan yang mulia. Umpamanya, dengan mengamalkan sikap suka tolong menolong dan bersedia memberikan bantuan serta menunjuk jalan bagi memudahkan para tetamu di dalam berurusan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi ayat 110 :

Maksudnya :

"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh...."( Surah Al-Kahfi : Ayat 110 ).

(iii) Selaku umat Islam kita juga hendaklah menunjukan perwatakan muka yang manis dan sentiasa memberikan senyum kerana dengan perbuatan yang sedemikian akan menambat hati dan perasaan senang untuk para tetamu berintraksi dengan kita. Ini sesuai dengan apa yang pernah dipesan oleh Rasululllah saw. bahawasanya,"Senyum itu adalah merupakan suatu sedekah".

Selain daripada tiga pekara yang wajib kita laksanakan terhadap tetamu kita juga hendaklah sentiasa menjaga emosi. Kita tahu bahawa tetamu-tetamu kita datang dari pelbagai negara. Oleh itu kita sepatutnya menjaga emosi kita supaya apa yang kita lakukan tidak membawa kepada rosaknya hubungan peribadi dan juga hubungan peringkat negara. Kadang-kadang disebabkan emosi yang tidak terkawal, memburukan hubungan peribadi kita dengan para tetamu kita. Sekiranya perkara seumpama ini dibiarkan tanpa dikawal, maka dikuatiri akan merosakkan hubungan negara kita dengan negara-negara lain.

Mengawal emosi kita adalah sangat penting terutama dalam menghadapi cabaran- cabaran yang berterusan kepada kita umat Islam. Pada hari ini negara kita telah memperlihatkan kemantangan kita dalam mengurus konflik dalam negara dan antarabangsa. Oleh sebab itu kita rakyat Malaysia seharusnya bijak dan mencontohi kepimpinan kita apabila kita mengendalikan emosi kita.

Negara kita dengan tegas dan berani memperjuangan keamanan dunia dan menentang apa jua bentuk kekerasan, keganasan dan peperangan. Ini semua dilakukan selaras dengan kehendak Islam dan demi kebahagian manusia seluruhnya. Oleh itu, kita rakyat Malaysia khasnya umat islam hendaklah bersatu dan berpadu menyokong usaha kerajaan kita memperjuangkan keamanan ini dan berdiri teguh bersamanya.

Kita sedar bahawa dalam suasana keamanan dunia yang tidak terjamin dan kemungkinan perang boleh berlaku, khususnya di Iraq maka sekali lagi kita umat Islam malaysia dingatkan agar lebih bijaksana dalam menangani isu tersebut. Ini penting agar tindakan kita tidak akan merugikan kita dan negara kita.

Kita percaya, dalam keadaan marah, simpati dan kecewa mungkin ada pihak -pihak yang tidak bertangggungjawab cuba " menangguk di air keroh" dengan mengambil tindakan sendirian dan tidak bijak . Maka jika ini berlaku , yang akan ruginya ialah diri sendiri, keluarga , bangsa dan negara.

Oleh itu kita umat Islam mesti mempunyai keyakinan dan pendirian yang jelas dengan tidak terpengaruh kepada dorongan hawa nafsu sebaliknya patuh kepada keputusan yang di buat oleh kerajaan kerana tindakan dan pendirian kerajaan berasaskan maklumat dan fakta yang benar , tepat serta bijaksana.

Dari penjelasan-penjelasan yang telah disampaikan, nyatalah kepada kita bahawa betapa pentingnya kita menghormati tetamu dan menjaga emosi supaya keindahan Islam tergambar dalam penghayatan peribadi kita umat islam. Dengan itu, baik secara sedar atau tidak ia akan dapat mengikis fikiran negatif terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.

Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah SWT, semoga negara kita dan seluruh dunia ini sentiasa kekal dalam keamanan dan terhindar dari berlaku sebarang kekacauan dan peperangan yang , boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah negara dan kematian manusia yang tidak berdosa.

Sumber: e-khutbah JAKIM

2/23/2011

Puasa

PENGERTIAN PUASA

# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


PUASA WAJIB


# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.


PUASA SUNAT


# Puasa enam hari pada bulan Syawal.

# Puasa hari Arafah.

# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam.

# Puasa bulan Syaaban.

# Puasa Isnin dan Khamis.

# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah).

PUASA MAKRUH


# Puasa yang terus menerus sepanjang masa.

# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq.


PUASA HARAM


# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri.

# Puasa pada hari raya pertama Haji.

# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.


SYARAT WAJIB PUASA


# Berakal.

# Akhir Baligh (Cukup umur).

# Kuat atau mampu mengerjakan puasa.



SYARAT SAH PUASA


# Islam.

# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk).

# Suci daripada haid dan nifas.

# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.


RUKUN PUASA


# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.



PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


# Makan dan minum dengan sengaja.

# Muntah dengan sengaja.

# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.

# Keluar darah haid atau nifas.

# Gila.

# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.



ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA


# Orang yang sakit.

# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.

# Orang tua yang sudah lemah.

# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

2/22/2011

KELEBIHAN MENCINTAI ALLAH

Sabda Rasulullah SAW:

“Dan beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu”.

(An-Nisaa: 36)
Seorang Muslim atau orang yang beragama Islam diwajibkan untuk mencintai Tuhanya dengan cara menyembahNya dan tidak boleh menyekutukannya dengan sesuatu, baik berupa penyembahan pada batu, patung, roh atau benda-benda lainya. Dengan demikian keimanan kepada Allah hanyalah mengakui adanya Ketuhanan Yang Maha Esa iaitu Allah SWT yang berhak untuk disembah, yang Dia itu Maha Dahulu Kala dan tidak ada permulaannya, Dia itu Maha Kekal dan tidak ada penghabisannya.
Dan Allah SWT telah menciptakan umat manusia dan segenap makhlukNya dan masing-masing diberi kenikmatannya. Dengan itu manusia patut membesarkan nama Allah dengan cara beramal soleh, berbakti kepadaNya dengan melalui solat, doa dan ibadat yang lainnya yang dibenarkan dalam Quran dan Hadis NabiNya. Kecintaan kepada Allah adalah lebih diutamakan daripada mencintai kedua orang tua kita dan guru kita. Sebab Allah menciptakan kita dan telah mencintai kita dan mendidik kita.
(Hadis)